Sunday, March 22, 2009

KARNIVAL KAGUM IPGM 2009


IPGM Kampus Darulaman (IPDA) Juara Badminton
Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, Pengurus Kontinjen, KUK dan Pengarah IPDA.
IPDA menjuarai Perseorangan Wanita dan Bergu Lelaki.
Pasukan Badminton IPDA
Dari kiri (Juara Perseorangan Wanita) Chia Ee , Huang, KUK En. Ab. Razak, Tn. Hj. Cik Lat (Menjalankan Tugas Pengarah), Jurulatih/Pengurus En. Abu Bakar, Adissalam Daniel, (Juara Bergu Lelaki) Hafiz dan Hazman.

Kejayaan Perseorangan Wanita iaitu Ooi Chia Ee (KPLI-BC_SR) telah dijangka sebelum bermulanya KAGUM 2009. Apa yang pasti halangan Chia Ee adalah pemain yang menjadi Johan Kagum sebelumnya iaitu Amy Lau Siew Ding dari IPGM Rajang. Namun bagi Chia Ee itu bukanlah halangan besar kerana beliau pernah menewaskan Amy pada temasya SIPMA yang lalu apabila Chia Ee mewakili MAKSUM. Namun begitu, tentangan yang dihadapi oleh Chia Ee bermula pada perlawanan ke dua pusingan kumpulan apabila perlu menghadapi Carol dari IPGM Temenggung Ibrahim. Namun Ooi Chia Ee menjuari kumpulan F dan bertemu dengan Amy pada peringkat suku akhir. Selepas menewaskan Amy, Ruby Anne Selvarayan dari IPGM Sultan Abdul Halim menunggu di separuh akhir. Halangan demi halangan diharungi oleh Chia Ee dengan tenang. Kemenangan ke atas Ruby bermakna perlawanan adik beradik antara Chia Ee dengan Koo Su Kee dari IPGM Perlis. Chia Ee adalah merupakan senior Su Kee dalam pasukan Badminton Kedah. Tahniah Chia Ee kerana menjuarai Perseorangan Wanita KAGUM Badminton 2009.

Kejayaan berganda bagi IPGM Kampus Darulaman apabila Bergu Lelaki melengkapkan hari bersejarah dengan memenangi acara tersebut. Pasangan Mohd Hazman Mohd Kasmani (PISMP-PJ) dan Hafiz Muhammad Nasir (KPLI-PJ) bermula dengan permainan longlai dan terpaksa bermain dalam 3 set menentang bergu dari IPGM Tun Abdul Razak. Namun pada set ketiga bergu IPDA dapat menguasai gelanggang dengan mudah memenangi perlawanan tersebut. Perlawanan kedua bermula dengan baik apabila pasangan IPDA menewaskan IPGM Kent dengan straight set. Menanti di suku akhir ialah IPGM Tuanku Bainun. Bergu IPGM TB juga menerima nasib yang sama apabila kalah mudah dengan IPDA. Pelbagai strategi dirancang dan disusun untuk menghadapi pasangan IPGM Dato Razali kerana permainan pasangan ini tidak dilihat dan diintai oleh jurulatih IPDA. "Main mudah" itulah kata azimat yang diingatkan oleh jurulatih terhadap pasangan IPDA. Begitu mudah juga pasangan IPDA menumpaskan IPGM Dato Razali. Pasangan dari IPDA mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Tuan Pengarah IPDA (Tn. Hj. Roslan) ke arena kejohanan. Kesunyian dan 'suara' penyokong IPDA kedengaran buat kali pertama di arena kerana sebelum ini tiada sokongan pensyarah atau pemain lain untuk menyorak dan memberi sokongan selain dari pasukan badminton IPDA. Kehadiran penyokong dari IPDA pada perlawanan akhir menaikkan lagi semangat pemain. The Giant Bob memainkan peranan sebagai penghidup kepada penyokong IPDA. Pengarah turut menampar dahi dan bertepuk sorak dengan aksi pemain IPDA. Permainan bermula dengan agak perlahan. Pasangan IPDA tidak mendapat meneruskan rentak permainan cemerlang seperti set pertama apabila tumpas pada set kedua. Namun semangat juang pasangan IPDA muncul kembali dengan sorakan Pengarah dan penyokong. Mereka menumpaskan pasangan IPGM Kampus Kota Bahru pada set ke tiga. Tahniah Mohd Hazman Mohd Kasmani dan Hafiz Muhammad Nasir kerana menjuarai Bergu Lelaki KAGUM Badminton 2009.

Perseorangan Lelaki IPDA Abdissalam Daniel Mohd Noor gagal di peringkat kumpulan. Namun beliau melakar kemenangan menewaskan pemain IPGM Kent dan IPGM Temenggung Ibrahim. Beliau kalah tipis 19-21 dan 17-21 kepada pemain IPGM Tuanku Afzan yang layak ke pusingan suku akhir.

Pasangan Bergu Wanita yang dibarisi Noorfaizatul Ain Mohd Rosli dan Huang Siew Weng turut terkandas di pusingan kumpulan. Namun pasangan ini berjaya mengalahkan pasangan IPGM Bahasa Antarabangsa namun tewas kepada pasangan dari IPGM Tuanku Afzan.

Pasukan Badminton IPDA juga berterima kasih kepada rakan-rakan sparing iatu Khuzairi Mahamad dan Muhammad Azman Ariff Jaafar yang turut serta ke Bandar Penawar atas perbelanjaan sendiri kerana semangat ingin menyokong rakan-rakan sepasukan berjuang. Mereka juga bertindak sebagai supir dan rakan memanaskan badan sepanjang KAGUM ini. Tidak juga dilupakan kepada Dalila Mohd Noor yang sering bersama pasukan walaupun beliau mewakili IPDA dalam permainan Ten Pin Bowling. Semangat setia kawan Mohd Handry dan Wan Mohd Talqif turut sama-sama berlatih hingga ke hari terakhir latihan amat dihargai rakan sepasukan.





Tahniah atas kejayaan berganda Pasukan Badminton IPGM Kampus Darulaman yang turut diumumkan sebagai Johan Keseluruhan KAGUM Badminton Kebangsaan 2009.