Wednesday, May 27, 2009

Kurikulum Pendidikan Jasmani

Kriteria Pembentukan Kurikulum
Dalam membentuk kurikulum terdapat beberapa kriteria reka bentuk yang perlu dikaji, dianalisis dan dipilih oleh pembangunan kurikulum. Reka bentuk ini boleh dikategorikan kepada 3:

i. Berpusatkan Subjek
ii. Berpusatkan Pelajar
iii. Berpusatkan Masalah

Reka Bentuk Berpusatkan Subjek

Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran. Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada:
i. Reka Bentuk Matapelajaran
ii. Reka Bentuk Disiplin
iii. Reka Bentuk Bersepadu
iv. Reka Bentuk Korelasi

(a) Reka Bentuk Matapelajaran
Reka bentuk ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka bentuk matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ilmu di susun menjadi teratur seterusnya berperanan sebagai matapelajaran. Bagi memudahkan pembelajaran, konsep juga di susun daripada yang ringkas ke kompleks. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.

(b) Reka Bentuk Disiplin
Setiap matapelajaran mempunyai disiplin ilmu tersendiri, disiplin adalah cara atau proses sesuatu matapelajaran. Reka bentuk disiplin menekan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Contohnya dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani selain daripada kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran atau permainan.

Dengan kata lain pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam permainan tetapi disiplin berkaitan dengan kemahiran atau permainan juga ditekankan. Reka bentuk ml dibina berdasarkan proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu subjek dan kaedah atau proses yang terlibat untuk menjana ilmu dalam sesuatu bidang.

(c) Reka Bentuk Bersepadu
Reka bentuk ini menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu. Reka bentuk mi akan membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing. Reka bentuk ml menghilangkan sempadan matapelajaran dan disiplin. Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna. Contohnya dalam matapelajaran sains yang terdiri daripada biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah sebagai sains.

(d) Reka Bentuk Korelasi
Reka bentuk ini mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan mengurangkan pemisahan antara subjek. Sebagai contoh seorang guru Pendidikan Jasmani boleh berkerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang bertajuk perkembangan bola sepak dan zaman penjajah hingga ke sekarang.

Dalam reka bentuk ini pendidik-pendidik bagi subjek yang berkaitan perlu berkerjasama dan memberi komitmen yang tmnggi. Mereka perlu berbincang dan berkerjasama dalam memikirkan dan merancang kursus atau tugasan yang mengaitkan makiumat dan subjek-subjek yang berlainan.

Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar

Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang pendidikan. Reka bentuk berpusatkan pelajar berdasarkan kepada falsafah progressivesme. Reka bentuk berpusatkan pelajar terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
i. Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
ii. Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
iii. Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik

(a) Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
Dalam reka bentuk berpusatkan pelajar pembinaan kurikulum adalah berdasarkan kepada pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar. Reka bentuk mi menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka di ben peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar. Contohnya oleh kerana sifat kanak¬kanak sekolah rendah suka bermain, dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani unsur permainan diselitkan.

(b) Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
Reka bentuk berpusatkan pengalaman sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membiria kurikulum. Namun kedua-kedua reka bentuk berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh di jangka oleh itu kurikulum tidak akan dapat dirancang dengan awal. Kurikulum akan dibina setelah pendidik mengenali pelajar.

(c) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik
Reka bentuk mi mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan membina tugasan atas kesedaran din sendiri. Reka bentuk berpusatkan humanistik menyepadukan unsur kognitif dan afektif. Reka bentuk mi memberi penekanan isi kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. Dengan kata lain Reka bentuk berpusatkan humanistik menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan. Reka bentuk ni menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan.


Reka Bentuk Berpusatkan Masalah

Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan.

(a) Reka Bentuk Situasi - Kehidupan
Reka bentuk mi lebih mirip kepada teori konsektual. Reka bentuk situasi - kehidupan berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk mi.

Oleh itu kurikulum perlu di bina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian kepada masalah-masalah dalam kehidupan sebenar. Dengan kata lain kunikulum yang terbentuk dalam reka bentuk mi akan membantu pelajar membuat generalisasi tentang masalah yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang sebenar.

(b) Reka Bentuk Semula Masyarakat
Reka bentuk mi berorientasmkan masyarakat, neka bentuk mi mengaitkan hubungan kurikulum dengan penkembangan masyarakat dan aspek sosial, politik dan ekonomi. Kurikulum dilihat berupaya menjadm agen penubahan dalam masyarakat. Kurikulum ni menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyanakat yang berkualiti.


Ciri-ciri Pembentukan Kurikulum
Kurikulum PJ yang jitu bercirikan:
a. Ianya telah difikirkan sebagai sebahagian yang penting daripada usaha yang penuh sekolah.
b. Mencerminkan sifat & keperluan masyarakat demikratik di mana wujud penghormatan terhadap minat & keupayaan semua individu yang hidup.
c. Ianya dirancang selaras dengan aliran pengalaman yang tidak putus-putus bermula daripada awal kanak-kanak & merentasi pendidikan selepas sekolah menengah & sepanjang hidup seterusnya.
d. Ianya seimbang dan boleh memberi beberapa pengalaman yang akan menyumbang kepada kesudahan yang dikehendaki untuk semua peringkat umur.
e. Ianya bepegang teguh atau bersikat tidak berganjak daripada falsafah wawasan, arah aliran atau trend utama kaedah dan bahan PJ umumnya.
f. Ianya berasaskan kepada kriteria yang ketat atau rapi untuk memilih kandungan.
g. Mengajar dan menggalakkan pertumbuhan profesional terhadap pengajar.
h. Ianya bersekutu dalam beberapa perkara yang signifikan dengan masyarakat.



Kepentingan Pendidikan Jasmani
Kurikulum dan hubungkaitnya dengan sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
a. Melahirkan insan yang seimbang dari segi keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif
b. Sukatan Pendidikan Jasmani dilihat merupakan jalan pintas untuk melahirkan generasi ini. Bagi membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum, pelajaran Pendidikan Jasmani.
c. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan kurikulum berpusatkan pelajar. Contohnya bermain merupakan kegemaran semulajadi pelajar dengan itu sukatan Pendidikan Jasmani boleh menyelitkan unsur permainan bagi menarik minat pelajar.
d. Dalam sukatan Pendidikan Jasmani nilai murni seperti kerja sama, kepimpinan dan pepaduan dapat di gabungkan dengan mudah.
e. Sukatan Pendidikan Jasmani berupaya menghindarkan masalah sosial dan membina cara hidup sihat.
f. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dapat mengaplikasikan teori kurikulum pramatism. Pemikiran kreatif, negatif, positif, analitis, logik, kritikal, emotif, nilai, sistematik, intituitif dapat di bina dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Contohnya kenapa pemain bola sepak bertubuh kecil lebih menonjol sebagai pemain tengah. Pelajar akan berfikir secara analitis dan kritis untuk memberi jawapan.

Sunday, March 22, 2009

KARNIVAL KAGUM IPGM 2009


IPGM Kampus Darulaman (IPDA) Juara Badminton
Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, Pengurus Kontinjen, KUK dan Pengarah IPDA.
IPDA menjuarai Perseorangan Wanita dan Bergu Lelaki.
Pasukan Badminton IPDA
Dari kiri (Juara Perseorangan Wanita) Chia Ee , Huang, KUK En. Ab. Razak, Tn. Hj. Cik Lat (Menjalankan Tugas Pengarah), Jurulatih/Pengurus En. Abu Bakar, Adissalam Daniel, (Juara Bergu Lelaki) Hafiz dan Hazman.

Kejayaan Perseorangan Wanita iaitu Ooi Chia Ee (KPLI-BC_SR) telah dijangka sebelum bermulanya KAGUM 2009. Apa yang pasti halangan Chia Ee adalah pemain yang menjadi Johan Kagum sebelumnya iaitu Amy Lau Siew Ding dari IPGM Rajang. Namun bagi Chia Ee itu bukanlah halangan besar kerana beliau pernah menewaskan Amy pada temasya SIPMA yang lalu apabila Chia Ee mewakili MAKSUM. Namun begitu, tentangan yang dihadapi oleh Chia Ee bermula pada perlawanan ke dua pusingan kumpulan apabila perlu menghadapi Carol dari IPGM Temenggung Ibrahim. Namun Ooi Chia Ee menjuari kumpulan F dan bertemu dengan Amy pada peringkat suku akhir. Selepas menewaskan Amy, Ruby Anne Selvarayan dari IPGM Sultan Abdul Halim menunggu di separuh akhir. Halangan demi halangan diharungi oleh Chia Ee dengan tenang. Kemenangan ke atas Ruby bermakna perlawanan adik beradik antara Chia Ee dengan Koo Su Kee dari IPGM Perlis. Chia Ee adalah merupakan senior Su Kee dalam pasukan Badminton Kedah. Tahniah Chia Ee kerana menjuarai Perseorangan Wanita KAGUM Badminton 2009.

Kejayaan berganda bagi IPGM Kampus Darulaman apabila Bergu Lelaki melengkapkan hari bersejarah dengan memenangi acara tersebut. Pasangan Mohd Hazman Mohd Kasmani (PISMP-PJ) dan Hafiz Muhammad Nasir (KPLI-PJ) bermula dengan permainan longlai dan terpaksa bermain dalam 3 set menentang bergu dari IPGM Tun Abdul Razak. Namun pada set ketiga bergu IPDA dapat menguasai gelanggang dengan mudah memenangi perlawanan tersebut. Perlawanan kedua bermula dengan baik apabila pasangan IPDA menewaskan IPGM Kent dengan straight set. Menanti di suku akhir ialah IPGM Tuanku Bainun. Bergu IPGM TB juga menerima nasib yang sama apabila kalah mudah dengan IPDA. Pelbagai strategi dirancang dan disusun untuk menghadapi pasangan IPGM Dato Razali kerana permainan pasangan ini tidak dilihat dan diintai oleh jurulatih IPDA. "Main mudah" itulah kata azimat yang diingatkan oleh jurulatih terhadap pasangan IPDA. Begitu mudah juga pasangan IPDA menumpaskan IPGM Dato Razali. Pasangan dari IPDA mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Tuan Pengarah IPDA (Tn. Hj. Roslan) ke arena kejohanan. Kesunyian dan 'suara' penyokong IPDA kedengaran buat kali pertama di arena kerana sebelum ini tiada sokongan pensyarah atau pemain lain untuk menyorak dan memberi sokongan selain dari pasukan badminton IPDA. Kehadiran penyokong dari IPDA pada perlawanan akhir menaikkan lagi semangat pemain. The Giant Bob memainkan peranan sebagai penghidup kepada penyokong IPDA. Pengarah turut menampar dahi dan bertepuk sorak dengan aksi pemain IPDA. Permainan bermula dengan agak perlahan. Pasangan IPDA tidak mendapat meneruskan rentak permainan cemerlang seperti set pertama apabila tumpas pada set kedua. Namun semangat juang pasangan IPDA muncul kembali dengan sorakan Pengarah dan penyokong. Mereka menumpaskan pasangan IPGM Kampus Kota Bahru pada set ke tiga. Tahniah Mohd Hazman Mohd Kasmani dan Hafiz Muhammad Nasir kerana menjuarai Bergu Lelaki KAGUM Badminton 2009.

Perseorangan Lelaki IPDA Abdissalam Daniel Mohd Noor gagal di peringkat kumpulan. Namun beliau melakar kemenangan menewaskan pemain IPGM Kent dan IPGM Temenggung Ibrahim. Beliau kalah tipis 19-21 dan 17-21 kepada pemain IPGM Tuanku Afzan yang layak ke pusingan suku akhir.

Pasangan Bergu Wanita yang dibarisi Noorfaizatul Ain Mohd Rosli dan Huang Siew Weng turut terkandas di pusingan kumpulan. Namun pasangan ini berjaya mengalahkan pasangan IPGM Bahasa Antarabangsa namun tewas kepada pasangan dari IPGM Tuanku Afzan.

Pasukan Badminton IPDA juga berterima kasih kepada rakan-rakan sparing iatu Khuzairi Mahamad dan Muhammad Azman Ariff Jaafar yang turut serta ke Bandar Penawar atas perbelanjaan sendiri kerana semangat ingin menyokong rakan-rakan sepasukan berjuang. Mereka juga bertindak sebagai supir dan rakan memanaskan badan sepanjang KAGUM ini. Tidak juga dilupakan kepada Dalila Mohd Noor yang sering bersama pasukan walaupun beliau mewakili IPDA dalam permainan Ten Pin Bowling. Semangat setia kawan Mohd Handry dan Wan Mohd Talqif turut sama-sama berlatih hingga ke hari terakhir latihan amat dihargai rakan sepasukan.





Tahniah atas kejayaan berganda Pasukan Badminton IPGM Kampus Darulaman yang turut diumumkan sebagai Johan Keseluruhan KAGUM Badminton Kebangsaan 2009.